Sunday, November 8, 2009

COSH 2010 di KLCC

Lokasi : KLCC

Tarikh : 1 - 3 hb Ogos 2010

Yuran : RM 500.00

Friday, November 6, 2009

Wednesday, October 21, 2009

SIJIL PMA/PMT DI TAPAK BINA

PERATURAN JKKP BERKAITAN KEPERLUAN PMA
ADALAH SUATU KEMESTIAN.

SELEPAS BUAT PEMERIKSAAN DI TAPAK BINA
DAN UJIAN BEBAN DILAKSANAKAN OLEH
PIHAK JKKP, LEBIHKURANG 2 - 3 MINGGU
SIJIL PMA/PMT SEPATUTNYA MESTI
DITERIMA ATAU DISEDIAKAN/DIKELUARKAN
OLEH PIHAK JKKP/PEMOHON.
PENGALAMAN SAYA, ADA SYARIKAT
YANG 6 - 7 BULAN BILA MINTA
SALINAN PMA, 'payah' nak BAGI.
SEBAB APA ?

Monday, October 19, 2009

KAWALAN VEKTOR

Panduan kawalan vektor di tapak pembinaan memang telah sedia ada.
Jika ada kemahuan dan budget apa2 vektor pun boleh dikawal.

JATUH BANGGUNAN - ANTARA QADA & QADAR ATAU KETENTUAN

Haiiii....panas kat luar, kat dalam nie sejuk pulak? Last week Bangla jatuh dari Tingkat 14 di Putrajaya......semalam jatuh lagi sorang di K.Trengganu dari tingkat 16 (Kalau tak silap). Apa dah jadi nie bang...panazzzzz......... kalau tak ada tindakan serius......for sure ianya akan menyebabkan kematian secara 'pukal' (Lebih dari 3 orang sekaligus)...just wait and see....


(petikan izrai1973 Niosh Forum Suara Tapak bina 19/10/2009 pg. 24)

PEMERIKSAAN 'SCAFFOLDING'

Maaf, lama tak check ada orang tanya.....dear Nurul. You nak checklist nie insyallah ada, cuma persoalannya adalah sape nak check? Since dalam BOWEC jelas memperuntukkan hanya:
1) Competent person yang boleh check mengikut level pendaftaran SPP beliau (Basic/Intermediate atau Advance)
2) Dilantik oleh majikan bagi menjalankan kerja - kerja pemeriksaan scaffold
3) Silent provisions - Pemeriksa tak boleh memeriksa perancah yang dipasang oleh beliau sendiri!

(petikan izrai1973 Niosh Forum - Scaffolding at site 19/10/09 pg. 7)

Sunday, October 18, 2009

LAPORAN BULANAN KESELAMATAN & KESIHATAN - KEPERLUAN JKKP

Laporan Keselamatan & Kesihatan tapak bina atau sesuatu projek
perlu dimajukan ke pejabat JKKP setiap bulan.

Format ringkas memang JKKP dah sediakan.

Masalahnya berapa peratus (%) syarikat/tapakbina atau SHO
yang mematuhi perkara ini. Adakah tindakan, peringatan atau
sebagainya yang kita selaku SHO terima dari JKKP jika gagal
mengambil tindakan atau memajukankan laporan tersebut?

Saturday, October 17, 2009

PERKARA ASAS YANG BIASA BERLAKU/DIDAPATI DI TAPAK BINA

a. Tak daftar site jika peraturan/undang2
memerlukan pendaftaran
b. Tak menyediakan SHO sepenuh masa (daftar)
bagi projek yg termaktub.
c. Gagal memajukan Laporan Keselamatan
& Kesihatan secara tetap (bulanan).
d. Pembekalan PPE tak mengikut standard/keperluan.
e. Tidak memakai PPE di tapak bina
f. Kebersihan (housekeeping) tapak
bina teruk - boleh risiko kemalangang.
g. Tak menyediakan 'design/drawing'
dari Jurutera Bertauliah (PE) -
bagi scaffolding,rubbish chute,
catch/material platform.
h. Gagal menyediakan PMA atau PMT
bagi jentera/mesin yg dipasang/guna
di tapak bina.
i. Gagal memastikan pekerja
ada/hadiri CIDB Green Card Course
*
(Petikan dari Niosh Forum Suara Tapak Bina 12/8/2008 pg.9)
Tambah satu lagi terkini..........
*
j. Kekadang SHO ni bukannya hanya
menjaga OSH tapi melaksanakan tugas
tambahan sebagai, 'Kautim Officer/
'Security, Safety & Kautim Manager'
(Kautim dalam bahasa Cina bukan bermaksud
rasuah yang melancarkan urusan tetapi
dengan bahasa halusnya sebagai PR bagi
mempermudahkan segala urusan)

MASALAH DI TAPAK BINA - MASIH ADA KAH ?

Major problem dlm construction
industries sehingga meminggirkan
kepentingan OSH:-

1. Kurangnya kommitmen daripada top management
2. Tiada budget khusus utk OSH bagi sesuatu project.
Kalau tak ada budget khusus bagaimana nak
implement OSH.
3. Client (pemaju/gov/swasta) tidak mementingkan
keperluan OSH dlm menjalankan sesuatu project.
Mereka hanya mementingkan kualiti je!
4. Tahap kesedaran OSH pada semua peringkat
pengurusan kontraktor terlalu rendah.
5. Syllabus yg diajar semasa Kursus induksi
keselamatan wajib utk semua pekerja construction
(CIDB Green Card /NIOSH) terlalu basis. Perlu ada
syllabus berbeza utk pekerja & penyelia/pengurus.
Perlu diadakan ujian bagi memastikan tahap
kefahaman pekerja.
6. OSH adalah kerja 100% SHO. Tiada kerjasama
daripada project team sebaba mereka lebih
mementingkan kerja mereka bagi memastikan
project siap mengikut tempoh ynag ditetapkan.
7. Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kpd
kontraktor yg gagal melaksanakan pengurusan
OSH yang berkesan ditempat kerja. Contoh -
terus issue kompoun pada kontraktor yg
degil dan disiarkan didlm media arus perdana.
*

(Petikan dari : zdinsho 29/11/2007 (Forum Niosh - Suara tapak bina , pg 3)

JENTIK-JENTIK / NYAMUK DI TAPAK BINA

Kita sudah biasa menerima pelawat dari
Jabatan Kesihatan samada dari Kementerian
Kesihatan atau PBT.
Ada yang datang ke tapak bina
disebabkan jiran-jiran terkena gigitan
nyamuk aedes (walaupun rumah
sendiri yang membiak jentikx) atau ada
pengaduan jiran disebabkan pertambahan
nyamuk atau laporan/pengaduan 'nyamuk'
dalam tapak bina sendiri.
*
Pencegahan atau kawalan boleh dilaksanakan
jika BOSS kita tak 'lokek' memberikan peruntukan (RM).
*
Sebut apa saja caranya , rasanya SHO tahu apa
nak buat,malahan ada yang hadir seminar
anjuran Jab Kesihatan perihal pencegahan
jentik-jentik berkali-kali.
*
Ada yang terima notis, ada yang kena kompaun
dan ada yang kena tutup tapak bina.
*
* ada yang cabar kalau boleh cari
tapak bina mana yang tak ada
jentik-jentik/nyamuk *
*
Persoalannya, adakah OSH boleh dipraktikkan
jika 'budget' atau kos OSH tak sepadan
dengan kos projek.
*
Siapakah yang menyiasat atau mengaudit
'budget' atau kos OSH ini ada dan
disediakan atau telah dibelanjakan
di setiap tapak bina.

PENGURUSAN MESIN/JENTERA DI TAPAK BINA


Mesin/Jentera/peralatan yang dipasang, guna &
ditempatkan di tapak bina perlu (WAJIB)
mempunyai Sijil Kelayakan yang sah
(Certificate of Fitness). - PMA & PMT
Pemandu/operator yang mengendalikan
mesin/jentera perlu menjalani latihan yang
sesuai dan diiktiraf.
Pemeriksaan mesin/jentera/peralatan
perlu dilaksanakan mengikut jadual.

Rekod perkhidmatan & senggaraan
(servicing & maintenance) perlu disediakan
dan disimpan untuk sedia diperiksa oleh JKKP.

Prosedur Operasi Selamat (SOP)
setiap mesin/jentera disediakan.

Setiap operator kren (crane) mesti mempunyai
sijil kelayakan yang sah.

LATIHAN & PROMOSI

Latihan & promosi OSH di tapak bina adalah menjadi kemestian
di tapak bina. Penyediaan program OSH perlu dilaksanakan
bagi setiap staff atau pekerja atau sesiapa sahaja yang terlibat iaitu :
* Latihan Induksi (Induction training)
* Taklimat keselamatan & kesihatan (Tool Box meeting)
* Promosi OSH menggunakan audio & video
* Kempen OSH oleh pihak pengurusan
* Pertandingan & insentif OSH

Friday, October 16, 2009

HIRARC

Setiap tapak bina di WAJIB kan menyediakan
HIRARC yang meliputi keseluruhan aktiviti kerja
di tapak bina.

Dirasakan perlu ada pihak yang berkenaan yang

boleh 'membukukan' HIRARC bagi memudahkan
tugas serta sebagai bahan rujukan berdasarkan
aktiviti kerja setiap tapak bina adalah hampir
sama sahaja.




Thursday, October 15, 2009

PMA untuk Jentera/Mesin angkat

Setiap mesin/jentera angkat diwajibkan memohon PMA
daripada pihak JKKP. Prosedur & cara nya amat mudah
tetapi amat sukar jika tatacara atau keperluannya tidak
dipatuhi.

Setiap mesin/jentera angkat PMA tertakluk kepada lokasi
atau tapak bina masa ianya beroperasi.

Ada yang bertindak betul mengikut lunas-lunas peraturan
dan undang-undang dan ada yang ingin tidak mengikuti
peraturan/undang-undang.

Siapakah perlu dipertanggungjawabkan jika perkara ini
berlaku iaitu PMA lokasi lama tetapi diguna/pindahkan
di tapak bina/lokasi baru ?

OSH ORGANISASI

Pembentukan OSH organisasi di tapak bina serta
tugas & tanggungjawab perlu dibentuk dan
dinyatakan dengan jelas. Penubuhan Jawatan
Kuasa Keselamatan & Kesihatan tapak bina
dilaksanakan.

Keahlian JK Keselamatan & Kesihatan perlu
dibentuk mengikut keperluan dan peraturan.

Pelantikan Ahli JK perlu di buat secara bertulis
dan ditandatangani samada MD/GM/Director atau PM.

Kekerapan mesyuarat JK Keselamatan &
Kesihatan secara tetap minima sekali setiap
3 bulan perlu dilaksanakan.

Kekerapan pemeriksaan tapak bina olleh Ahli
JK minima sekali setiap 3 bulan adalah perlu.

Pelantikan 'Safety Officer' berkelayakan
(competent by JKKP) dan 'Safety Supervisor'
perlu di buat jika perlu/mengikut peraturan.
Sediakan pelantikan Orang yang dilantik
(designated person) bagi setiap tugas
atau kerja.

Wednesday, October 14, 2009

SAFETY MANUAL & POLICY

Perkara utama atau pertama yang diminta oleh
SHO jika baru melapor diri ke tempat baru
adalah 'Safety Manual & Safety Policy'.

Bermacam-macam bentuk/isi kandungan/kaedah
yang ada atau disediakan bagi penyediaan 'Safety
Manual & Policy'.

Namun selalunya 'Safety Manual & Policy' yang
disediakan itu nampaknya lengkap,
penuh dengan panduan,peraturan,garispanduan,
kaedah,serta format-format yang sentiasa serta
menjadi keperluan.

Kebiasaannya jika 'BARU', 'manual & policy'
sentiasa dipatuhi, dipraktikkan dan dilaksanakan
tetapi bila dah agak-agak 'LAMA' kebanyakannya
'manual & policy' hanya sebagai dokumen
prasyarat untuk dimajukan ke JKKP bagi
pendaftaran tapak bina.



Tuesday, October 13, 2009

OPERASI ATAU PEMERIKSAAN BIASA?

Ada yang kata bulan Okt ni bulan bagi JKKP buat
operasi, perlukah ada 'operasi' ? Atau JKKP perlu
sentiasa setiap bulan laksana/buat 'pemeriksan/
lawatan' ke tapak bina.

Berdasarkan pengalaman sepanjang berkecimpung

dalam kerja SHO ni,kadangx atau jarangx tapak
bina dilawati, kadangx terasa juga nak 'jemput'
JKKP
melawat/operasi/periksa tapak bina sendiri.

Masa mulax kerja dulu dengan
syarikat/tapak bina

berskala kecil, lepas tu naik setahap lagi berskala
sederhana, skala besar dan ada juga sekali gus

bersekala besar & kecil.

Dan akhirx ni terasa bahawa bekerja dengan

syarikat/tapakbina berskala besar ada
'keistimewaan' nya.




Monday, October 12, 2009

PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN vs PENYELIA KESELAMATAN & KESIHATAN

Penugasan 'Safety Officer' (competent) & 'Safety Supervisor'
di mana-mana tapak bina adalah suatu keperluan WAJIB
bagi projek bernilai atas RM 20 juta.
Perlukah JKKP menyiasat mana-mana syarikat/
tapak bina yang tidak mematuhi peraturan/arahan/prosedur/akta
yang sekian lama dikeluarkan
(Rujuk OSHA 1994 - dah 15 tahun).
Baru-baru ini dimaklumkan oleh pegawai JKKP sendiri, bagi
mana-mana 'Safety Officer/Supervisor' yang mengendalikan
2 - 3 tapak bina (nilai projek RM 20 juta) perlu mematuhi
peraturan melantik hanya SHO yang 'competent' sahaja.
Adakah perkara ini baru ?
Bilakah perkara ini boleh diselesaikan?

PERTUKARAN PEGAWAI JKKP

Proses pertukaran/perpindahan/berubah angin
pegawai-pegawai telah dan sedang berlaku di
dalam organisasi JKKP.
Proses ini perlu bagi memantapkan lagi penguatkuasaan
JKKP terhadap tapak bina. Mana-mana pegawai
yang telah 'selesa' dengan mana-mana syarikat/
tapak bina perlu ditukarkan agar rasa 'terhutang
budi' atau 'segan' untuk ambil tindakan dapat dihindarkan.

Sunday, May 31, 2009

Bila kemalangan berlaku ?



Dah jadi kebiasaan & prosedur biasa bila
berlakunya kemalangan Pegawai Penyiasat
JKKP akan ke tapak bina menyiasat tapak bina
yang dilaporkan ada kemalangan.
Siasatan akan dilaksanakan, dan selalunya
JKKP kurang memaklumkan hasil siasatan
kepada pihak media.

Disarankan agar hasil siasatan dan tindakan
perlu dihebahkan dan dipromosikan secara agresif .

SUARA TAPAK BINA

Aku saja bagi nama suara tapak bina, sama
dalam NIOSH Forum......
suara ni datang dari dalam diri aku sendiri...
& kadangkala suara dari dalam hati SHO yang lain
kalau rasa sakit hati, terasa, makan hati
minta maaf le.......
sebarang komen/cadangan/bantahan